Skip to main content

Posts

Kekeliruan Manusia

Berikan satu pilihan,
manusia tanya, "Ada pilihan kedua?"

Berikan pilihan kedua,
manusia tanya, "Ada pilihan ketiga?"

Berikan 10 pilihan,
manusia tanya, "Banyak sangat pilihan, Tak jadi ambil"
Recent posts

Fokus Kepada Perangai

Saya bertanya kepada Guru. Bagaimana dia membentuk anak-anak.
Guru kata, "Fokus kepada membentuk perangai".
Mahu bentuk perangai, ertinya membentuk tabiat. Ulang buat.
Supaya mereka dapat ulang buat, kita harus ulang tunjuk, ulang cakap.
"Baik Guru"
Guru, "Ada satu lagi. Ulang sabar"

Lumba Lari

Dalam lumba lari 100 meter, siapa yang paling pantas, dialah yang akan menang.
Dalam lumba marathon 10km, siapa yang menamatkan, dialah yang akan menang.

Sekali imbas, kedua-duanya memberikan kemenangan kepada siapa yang tiba lebih awal.

Namun lumba lari 100 meter tidak sama dengan lumba marathon 10km.

Perjalanan yang panjang memerlukan kesabaran, ketahanan dan kecekalan.

Pokok Bengkang Bengkok

Melihat keindahan alam.
Pokok di kiri dan kanan.

Ada yang terus ke atas.
Ada yang bengkok ke kanan.
Ada yang bengkok ke kiri.

Bergantung kepada mana datang sumber cahaya.

Pokok tidak putus asa.

Andai cahaya berpindah ke kanan, dahan menuju ke kanan.

Cahaya pindah ke kiri, dahan memanjang ke kiri.

Bicara Guru Kehidupan

Saya bertemu Guru di malam hari.
Guru bertanya.

"Apakah yang kamu faham tentang pemasaran?"

Saya diam.

Guru kata, "Ini apa yang saya belajar. Tidak ada dalam buku".

Marketing adalah siapakah yang kamu ingin bantu.
Benar-benar ingin bantu.

Guru tambah, "Apabila kamu pegang ini, kamu akan berjaya"

Belajar Naik Basikal

Saya menerima email dari Seth Godin. Dia cerita satu perkara.
"Belajar Naik Basikal"
Ada orang tanya, bolehkah belajar tanpa buat?
Seth kata senang saja.
Selepas menonton puluhan video belajar berbasikal, adakah kita menjadi pandai berbasikal.