Skip to main content

Posts

Belajar Naik Basikal

Saya menerima email dari Seth Godin. Dia cerita satu perkara.
"Belajar Naik Basikal"
Ada orang tanya, bolehkah belajar tanpa buat?
Seth kata senang saja.
Selepas menonton puluhan video belajar berbasikal, adakah kita menjadi pandai berbasikal.


Recent posts

Alasan

Apabila tidak dapat melakukan sesuatu,
kita akan mula mencari alasan.

Alasan adalah dadah yang mengkhayalkan.
Kita rasa selesa dan bahagia.

Lalu terjebak dalam ketagihan alasan.
Satu demi satu.

Anjing dan Singa

Kata Guru,

Ketika seseorang melempar bola kepada anjing,
anjing itu akan berlari ke sana ke mari dan menikmatinya dengan bola.

Ketika orang itu melempar bola kepada sang singa.
Singa duduk diam dan menatap lelaki itu. tanpa ambil peduli pada bola.

Itu beza anjing dan singa.

Besi Berkarat

Masalah adalah seperti besi yang berkarat.
Apabila dibiarkan, karat itu tidak akan hilang.
Sebaliknya bertambah karat.

Jadi bagaimana?

Selesaikan segera.
Jangan biarkan masalah itu terus membesar.

Tabiat dan Fokus

Apabila sekumpulan penaip (typist) profesional diberitahu mereka perlu menaip dengan cepat, ada dua perkara berlaku.

Pertama kelajuan mereka menurun.
Kedua kesilapan bertambah.

Bukankah mereka sudah diberitahu yang mereka perlu fokus.
Kenapa fokus menyebabkan mereka silap dan lambat?

Ini adalah masalah apabila kita cuba fokus pada tabiat.

Tabiat dan Perhatian.

Apabila belajar sesuatu yang baru, kita tumpu perhatian.
Supaya dapat faham dan belajar.

Apabila sesuatu itu diulang, maka jadi kebiasaan.
Kebiasaan tidak perlukan fokus. Berjalan sendiri.

Jadi bagi penaip profesional, cara untuk lajukan taip adalah dengan membiarkan mereka menaip seperti biasa. Tidak fokus.

Menggunakan Marah

Marah membawa bersama energi yang tinggi.
Energi sifatnya tidak akan terhapus.
Cuma berubah bentuk.

Jadi bagaimanakah marah itu boleh reda?

Selepas kita menyalurkan kepada sesuatu.

Apabila tahu ke mana mahu disalurkan dan bagaimana,
maka marah tidak dapat buat apa-apa terhadap kita.