Antara Respon dan Pilihan

Apabila sesuatu terjadi, kita berikan reaksi.
Perhatikan perkara ini.

Sedang minum kopi.
Sambil baca buku.
Kring, kring.

Telefon berbunyi.
Angkat.

Bam. Terlanggar cawan.
Kopi tumpah atas buku.
Kopi tumpah pada baju.

"......."

Antara detik kita melihat kopi itu sedang mengalir tumpah dan tindakan yang akan dilakukan, ada satu ruang kosong.

Pada ruang ini kita ada pilihan.
Apakah tindakan yang patut dilakukan.

Marah.
Menyumpah.
Senyum.
Bertenang.

Semua ini pilihan.
Hanya apabila kita sedar akan kewujudan.

"Between stimulus and response there is a space.
In that space is our power to choose our response.
In our response lies our growth and our freedom"
-Victor Frankl-

No comments:

Powered by Blogger.