Kuasa Energi

Manusia ada banyak perasaan.

Gembira.
Duka.
Suka.
Marah.
Teruja.

Semua ini adalah energi. Sifat energi tidak hilang. Sebaliknya energi berpindah kawasan.

Ingat kembali. Apabila kita gembira, ada energi luar biasa dalam diri.
Jalannya pantas. Ada yang melompat. Senyumnya lebar.

Kemudian kita terjemahkan kegembiraan itu menerusi menyapa semua orang.
Belanja makan. Bercerita.

Semua ini adalah proses memindahkan energi.
Energi kegembiraan dipindahkan menerusi perbuatan-perbuatan tertentu.

Bagaimana dengan energi marah?

Sama.
Kita pindahkan energi marah itu menerusi perbuatan-perbuatan tertentu juga.

Ada yang campak buku.
Ada yang pukul orang.
Ada yang marah orang.

Adakah boleh kita pindahkan energi marah kepada perbuatan-perbuatan kegembiraan.

Boleh!

Energi hanya kuasa.
Ibarat air.
Air akan mengikut bentuk bekasnya.

Energi pula akan mengikut bentuk saluran perbuatannya.

No comments:

Powered by Blogger.