Kuasa Minda

Seorang kawan pernah bertanya. Apakah kemahiran kritikal yang perlu dikuasai.

Saya beritahu daya upaya mengawal akal fikiran.

Ilmu minda jarang disentuh.
Tidak termasuk dalam silibus pembelajaran.

Kita belajar menyelesaikan masalah persekitaran.
Namun kurang pendedahan bagaimana menghadapi konflik dalaman.

Konflik dalaman berpunca dari kurang upaya mengawal akal fikiran.

"The mind is everything. What yo think, you become"
-Gautama Buddha-

Apabila minda kalut, hidup ribut.
Apabila minda damai, hidup permai.

Akal ibarat lampu yang terang.
Apabila akal menyuluh kepada perasaan gembira, kita gembira.
Apabila akal menyuluh pada perasaan duka, kita berduka.

Kita?

Kita boleh mengawal ke mana akal itu menyuluh!

No comments:

Powered by Blogger.