Memulakan Perkara Kecil

Putrajaya, Hagia Sophia, Eifel Tower.
Apa persamaan mereka?

Semuanya mercu tanda.
Putrajaya lambang kebanggaan orang Malaysia.
Hagia Sophia lambang kemegahan orang Turki.
Eifel Tower lambang keunikan orang Perancis.

Lagi apa persamaan mereka?

Semuanya bermula dari langkah pertama.
Kemudian langkah kedua.
Ketiga dan seterusnya.

Adakah perkara besar dalam kehidupan yang kita ingin buat.
Contohnya menurunkan berat badan dari 80kg kepada 60kg.

Misi hilang 20kg.

Seminggu pertama semangat.
Minggu kedua lemah semangat.

Apa yang kita beritahu pada diri di minggu pertama?

"Ayuh mulakan sekarang. Aku boleh!"

Apa pula yang diberitahu minggu kedua?

"Penat nak buat. Letih. Biarkan dahulu. Lepas ini baru buat"

Lepas ini...
Lepas ini...
Lepas ini...

Apabila lepas ini datang, gerak sekarang.
Mulakan langkah pertama.
Kemudian badan kita tergerak ke langkah kedua.
Ketiga dan seterusnya.

Kuncinya ambil langkah pertama.

No comments:

Powered by Blogger.