Mendaki Bukit

Seorang pelumba basikal profesional menceritakan. Dia sudah acap kali kayuh basikal naik bukit. Bukan satu perkara yang pelik.

Namun setiap kali kayuhan menaiki bukit, setiap kali itulah akalnya berbunyi, "Penat sungguh. Sudah-sudahlah".

Kaki dia terus mengayuh.
Akalnya terus mengeluh.

Akhirnya dia lakukan sesuatu.
Dia beritahu akal, "Hanya 1 meter sahaja lagi. Kemudian kita berhenti".

Apabila sampai 1 meter, dia ulang ayat sama, "Hanya 1 meter sahaja lagi. Kemudian kita berhenti".
Begitulah seterusnya sehingga dia melepasi bukit yang tinggi.



No comments:

Powered by Blogger.