Menyiram Pokok Setiap Hari

Pokok yang ditanam perlu dijaga.
Ditabur baja.
Disiram setiap hari.

Apabila pokok tidak dipeduli, pokok akan mati.

Sama seperti jenama.

Jenama syarikat perlu disiram setiap hari.
Barulah ianya tumbuh subur dan mewangi.

Bagaimanakan jenama disiram?

Jenama berkait rapat dengan pengalaman.
Makin indah pengalaman pengguna, makin melekat sesuatu jenama.

Pengalaman indah ertinya melebihi jangkaan pelanggan.

Pengalaman boleh dicipta menerusi pelbagai cara.

Pakejing.
Konten.
Penggunaan.
Layanan.
Dan seterusnya.

No comments:

Powered by Blogger.