Terikat

Smartfon itu alat.
Alat kerjanya memudahkan.
Sayangnya, alat apabila tidak terkawal, ianya memperalatkan.

Asalnya kita adalah Tuan kepada smartfon.
Lama kelamaan, kita adalah hamba kepada smartfon.
Setiap masa kepala tunduk menyembah.
Ada saja 'wahyu' baru yang mahu dibaca.

Penangan keterikatan. Attachment.

"The root of suffering is attachment"
-Buddha-

Apabila kita mengikat diri pada sesuatu, ianya ibarat menjadi hamba pada perkara itu.

Sengsara dan merana apabila tiada.
Sentiasa mahu bersama.

Macam penagih dan ganja.

No comments:

Powered by Blogger.