Bebas Memilih

Kita bebas buat pilihan.
Namun kita tidak bebas memilih kesan daripada pilihan itu.

Contohnya begini.
Ada dua jalan. Kiri dan kanan.

Kita bebas memilih mahu pergi ke kiri atau ke kanan.

Apabila pilih kanan, maka kita akan melalui apa jua yang ada di jalan kanan itu.
Apabila pilih kiri, maka kita akan melalui apa jua yang ada di jalan kiri itu.

Apa yang berada di jalan kanan atau kiri itu bukan dalam pilihan kita.

No comments:

Powered by Blogger.