Cukai Kehidupan

Sambungan tulisan cukai semalam.

Apakah cukai?

Nilai bayaran yang dikenakan kepada kita terhadap sesuatu.

Apakah cukai kehidupan?

Bayaran yang dikenakan kepada kita terhadap kehidupan.

Apakah pula bayarannya?

Apabila mahu menaiki bas, cukainya masa yang lama dan keselesaannya.
Apabila mahu menaiki kapal terbang, cukainya pada menunggu dan berjalan jauh.

Apabila mahu hidup senang, cukainya pada usaha mendapatkan kekayaan.
Apabila mahu hidup tenang, cukainya pada usaha membuang keserabutan.

Pada setiap perkara, ada sesuatu yang perlu ditempuhi.

Usah berperang dengan cukai.
Nikmatinya sebagai sebahagian daripada perjalanan kejayaan.

No comments:

Powered by Blogger.