Diam Itu...

Lama dahulu, seorang guru memberi pesan.
Dia kata, "Kuasai diam".

Saya bertanya apa maksudnya.

Dia terangkan.

Diam itu sifatnya bertambah.

Apabila satu makanan dibahagi dua, makanan itu berkurang.
Apabila satu diam dibahagi dua, ada dua diam.

Diam itu berdamai.

Apabila orang mengata, kita diam.
Apabila orang membangga, kita diam.
Apabila orang ketawa, kita diam.

Pada diam ada kesabaran.
Pada diam ada kebijaksanaan.
Pada diam ada kedamaian.

No comments:

Powered by Blogger.