Kepercayaan dan Pengetahuan

Saya berjumpa seorang kawan.
Dia mahu 'sharing' perkara baru.
Saya dapat hidu ada sesuatu.

Apabila dia datang, dia bentang.
Ini sah skim cepat kaya.

Tapi dia kata, "Ini bukan MLM. Ini program baru".

Saya diam.
Tidak mahu berdebat.
Tidak mahu melawan.

Dia percaya apa yang dia cakap.
Lantaran disuap, disuap, disuap.
Brain wash.

Dia dapat maklumat.
Dia percaya maklumat.

Andai kata melawan, dia sukar terima kenyataan.

Kepercayaan ibarat meja.
Pengetahuan dan pengalaman ibarat kaki meja itu.
Makin banyak kaki, makin kukuh kepercayaan.

No comments:

Powered by Blogger.