Mahu Berjaya

Seronok melihat orang berjaya.
Mereka macam manusia sempurna.
Dapat segalanya.

"Saya mahu jadi seperti dia"

Boleh.

Sediakan diri menempuh sengsara.
Supaya dapat bersuka ria.
Satu masa.

Kejayaan itu bukan kerja semalamam.
Kejayaan itu kerja harian.

Orang nampak kisahnya macam menang loteri.

"Untungnya dia ini..."

Orang tidak nampak jalannya penuh onak duri.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

No comments:

Powered by Blogger.