Nampak dan Jelas

Dalam sebuah syarikat ada kekosongan jawatan.
Jawatannya hanya satu.

Ada dua calon berpotensi, Ahmad atau Ibrahim.

Kedua-duanya rajin dan bekerja keras..

Ahmad hanya pulang ke rumah apabila dia siap kerja.
Ibrahim juga pulang ke rumah hanya setelah selesai kerja.

Namun Ibrahim lakukan sesuatu yang Ahmad tidak lakukan.

Setiap kali Ibrahim siap kerja, dia akan beritahu bos.
Ahmad diam saja.

Di hari pemilihan ternyata, Ibrahim menjadi pilihan.
Biarpun kualiti kerja Ahmad lebih bagus.

Kenapa?

Machiavelli mengemukakan satu prinsip.
Prinsip ini jelas sekali dalam dunia yang merebut kuasa.

"Visibility equals works"

Ibrahim menunjukkan dia buat kerja.
Ahmad diam saja.

Disebabkan itu bos nampak Ibrahim "lebih" buat kerja.
Walaupun mungkin kualiti kerja Ahmad lebih bagus.

Masyarakat kita memanggil perbuatan ini sebagai mengampu atau bodek.

Pengampu dan pembodek sanggup melakukan apa saja.
Asalkan mereka dapat apa yang dicita.





No comments:

Powered by Blogger.