Kerja Label

Seorang guru menerangkan sesuatu kepada muridnya.
Murid terpinga-pinga.

Guru cuba berkali-kali.
Murid masih tidak mengerti.

Guru berkata, "Aduhai, kenapalah muridku lembap sekali".

Murid pula berbisik, "Kenapalah guru ini cakap berbelit. Tak faham lansung".

Tabiat manusia.
Suka melabel.
Melabel ertinya menjatuhkan hukuman.

Dia ini baik.
Dia ini jahat.
Dia ini cermat.
Dia ini boros.

Jauhi diri dari melabel.
Bukan kerja kita.

Lihat dengan minda terbuka.

Apabila biasa melabel sesuatu, ini permulaan kepada kesilapan.

"If you label it this, then it cannot be that"
Tom Wolfe

No comments:

Powered by Blogger.