Usaha Berjalan

Saya memerhati anak kecil berusia 4 bulan.
Dia mahu belajar merangkak.
Sambil-sambil itu mula belajar duduk dan berdiri.

Dari mula lahir, hanya berbaring.
Kemudian berpusing.
Kemudian merangkak.
Kemudian berjalan.

Akhirnya pada usia 1-2 tahun, si anak ini tangkas berlari ke sana ke mari.
Ianya satu proses yang panjang.

Namun hasilnya berpanjangan.

Kita berusaha belajar berjalan hanya setahun.
Apabila sudah boleh berjalan, kita bertahun-tahun.

Peruntukkan masa untuk belajar.
Biarpun sukar.

Lihat pada hasilnya.
Fokus pada usahanya.
Nikmati prosesnya.


No comments:

Powered by Blogger.