Be Gentle

Pernah satu ketika seorang junior datang jumpa. Dia tanya, “Bagaimana memandang positif seseorang yang kita ketahui negatif”.

Saya katakan, “Pertama keluar dari industri label”.

Dia, “Industri label?”

Saya, “Ya. Kurangkan melabel orang. Label ibarat kaca mata. Apabila pakai kaca mata hitam, kita takkan nampak putih”.

Dia, “Oh begitu. Baiklah. Cuma ada cara mengubah sudut pandangan?”

Saya, “Ini soalan yang betul. Bertanya tanpa menghukum. The quality of your life is determined by the quality of the questions you ask”.

Saya sambung lagi, “Guru pernah pesan. Apabila berjumpa orang ambil satu pegangan”

“Be gentle, everyone is fighting a hard battle”
Dia, “Oh. Kiranya kita tidak tahu apa masalah dia. Yang kita nampak itu luaran sahaja. Barangkali dia sedang menderita”.

Saya, “Ya benar”.

No comments:

Powered by Blogger.