Deria dan Catatan

Saya bertanya, "Guru, bagaimana mempertajam deria pemerhatian". Guru menjawab, "Gunakan kesemua deria". Saya, "Maksudnya". Guru menerangkan. Akal - berfikir dan merencana Mata - melihat dan merenung Hidung - menghidu dan mengenal bau Telinga - mendengar sampai habis Mulut - bertanya soalan yang betul Tangan - melakukan catatan Perut - mengawal kemasukan makanan, otak kedua Kaki - simbolik kepada tindakan Saya mengangguk. Oh begitu. Guru sambung, "Ilmu ini adalah haiwan liar yang cukup ligat. Tulisan itu adalah tali yang mengikatnya. Mengajar dan amal adalah paku yang membenamnya".

No comments:

Powered by Blogger.