Tiga Kereta

Waktu itu saya baru lulus ujian kereta.
Kegembiraannya bukan kepalang.
Sudah boleh bawa kereta sendiri!

Jadi ayah ajak naik bersama dia.

Dia berada di tempat duduk penumpang.
Saya sebagai pemandu.

Bawa kereta.

"Srrrreett", saya tekan brek mengejut.

"Apa daaa kereta di hadapan. Brek sesuka hati!", saya komen.

Ayah, "Apabila bawa kereta, kita tidak lihat kereta di hadapan sebagai panduan. Lihat tiga kereta di hadapan. Itu akan jadi kayu ukur bila mahu tekan brek".

Lihat tiga kereta di hadapan.
Lihat tiga langkah ke hadapan.

Pelajaran besar yang saya belajar sehingga ke hari ini.

Berada bukan selangkah di hadapan.
Malah berlangkah-langkah jauh di hadapan.

No comments:

Powered by Blogger.