Watak Manusia

Dalam sebuah cerita,
ada macam-macam watak.

Watak baik.
Watak jahat.
Watak sampingan.

Watak-watak ini menghidupkan cerita.
Membentuk satu jalan.

Begitu juga kehidupan.
Setiap orang ada watak tersendiri.
Watak ini menentukan bagaimana sifat dan peribadi.

Watak berkait rapat dengan nilai hidup.


No comments:

Powered by Blogger.