Fenomena Mudah Berjaya

Fenomena.
Mahu mudah berjaya.
Kurang suka berusaha.

Bagaimana mahu tangkap ikan,
andai malas turun ke lautan.

“Guru, kita pergi ke pasar je la”

Kawan menyampuk.
Sampukkannya disambut dengan satu pandangan tajam.

“Err...”

“Watak manusia ada pelbagai.
Ada yang bercakap semata.
Ada yang bercakap kemudian buat.
Ada yang buat kemudian bercakap.
Ada yang buat dan tidak bercakap”.


Guru meneruskan penerangan.
Ada yang angkat tangan.
Guru benarkan.

“Bagaimanakah mahu jadi yang buat dan cakap?”
Guru kata, “Pilihan itu milik kita. Ada nasi lemak dan spaghetti di hadapan, siapa yang buat pilihan?
Manusia cenderung pada sesuatu yang memudahkan. Ini perangkap zaman berzaman.
Jadi, didik diri sedari awal. Biasakan kepayahan. Tetapkan tugasan dan lakukan tanpa penangguhan”

No comments:

Powered by Blogger.