Menahan Diri

Saya berkunjung ke rumah Guru.
Guru ini pintar terdidik.
Kekayaannya melimpah ruah.

Saya perhati kiri dan kanan.
Ada sebuah rumah di hadapan.
Kecil sahaja.

Disebelahnya ada bilik belajar.
Bilik belajar itu tempat saya belajar.

Berdekatannya ada satu rumah tamu.

Saya bertanya bagaimana Guru boleh menguasai kehidupan.

Guru beritahu belajar menangguhkan.
Hidup seperti apa yang Nabi (baca selawat) tunjukkan.

Nabi itu kaya.
Namun Nabi tidak memilih kehidupan orang kaya.
Hidupnya bersahaja.
Namun bahagia.

No comments:

Powered by Blogger.