Mengalah

Pertembungan berlaku apabila dua pihak bertemu.
Kedua-duanya mahu menang.

Bagaimana andai satu pihak mengalah.
Yang mahu melawan akan buntu kepala.
Mereka menang.
Tapi masih tidak puas.

"Kenapa?"

Kerana dalam diri itu bukan sebenarnya mahu menang.
Mahu menang itu adalah hasil.

Keinginannya adalah pada mahu menunjukkan belang.
Ada nafsu dan ego.

Justeru apabila ada pihak mengalah,
nafsu dan ego tidak puas hati.
Mereka belum puas menikmati.

Justeru kemenangan sebenar ada pada daya menundukkan nafsu dan ego diri.

No comments:

Powered by Blogger.