Kisah Lutut

Seorang pakcik datang bercerita.
Dia kata, "Sekarang ini dia solat sambil duduk. Lututnya sakit dan tidak boleh memikul beban".

Saya angguk dan iyakan.

Dia sambung, "Nikmat sujud sudah ditarik dari dia".
Dia menyeka air mata.

Saya diam.

Baharu sedar.
Selama ini kita take things for granted.

Sihat dan kuat.
Sehingga lupa sujud itu satu nikmat.
Bukan semua yang dapat.

No comments:

Powered by Blogger.