Berfikir Sebelum Bertindak

Dalam diri manusia ada dua watak.
Satu agresif.
Satu pasif.

Watak ini akan muncul pada waktu tersendiri.

Apabila buat sesuatu yang kita suka, watak agresif senang muncul.
Apabila buat sesuatu yang tidak disukai, watak pasif pula muncul.

Watak agresif bukan berkmaksud watak jahat.
Ini watak aktif.

Watak pasif pula banyak diam dari bercakap.
Banyak berfikir dan memerhati.

Apabila watak agresif tidak dikawal, manusia cenderung kepada menunjuk-nunjuk.
Poyo. Agah. Tidak peduli.

Watak agresif kuncinya pada ego diri.

Sejauh mana daya upaya kita mengawal ego diri sendiri.

No comments:

Powered by Blogger.