2nd Order Consequences

Manusia ada satu sifat.
Kita suka sesuatu yang mudah.

Mudah ertinya cara mendapatkannya senang.

Nak kaya cepat.
Nak kurus cepat.
Nak berjaya cepat.
Nak pandai cepat.

Tapi kita tak suka kepada kesusahan.

Kebiasaannya bagi mendapatkan kemanisan, ada kesusahan.
Kesusahan ini dipanggil 1st order consequences.
Manakala kenikmatan selepas kesusahan dipanggil 2nd order consequences.

Orang berjaya adalah orang yang fokusnya pada 2nd order consequences.
Dia tak peduli apa jadi pada 1st order.
Dia tahu fokusnya di mana.

No comments:

Powered by Blogger.