Kelemahan Anak Muda

Saya bertemu Guru.
Tanyakan kepada dia, “Apakah kelemahan anak muda”.

Guru cakap, “Anak muda itu tergesa-gesa dan tidak sabar”.

Guru meneruskan.

Tidak sabar dan tergesa-gesa ini akan menjadi jerat.
Jatuh dan terperangkap.

Kalau nasib baik, kerosakan tidak seberapa.
Kalau kurang bernasib baik, kerosakan kekal selamanya.

Lalu saya bertanya, “Bagaimanakah menghadapi sifat tergesa-gesa ini?”

Guru kata, “Belajar dua perkara. Pertama ketenangan. Dapatkan ketenangan. Cari cara dan kaedah mendapatkan ketenangan.

Kedua, banyakkan ‘berhenti sekejap’ dalam banyak perkara”.

Saya, “Apa maksud berhenti sekejap?”

Guru, “Orang kampung cakap ‘pause’. Apabila mahu bercakap, pause sekejap. Apabila mahu berlari, pause sekejap. Begitulah seterusnya.

Pause ini bertujuan melatih diri berfikir sebelum bertindak. Supaya anak muda sedar, mereka ada kuasa buat pilihan dan mereka boleh buat pilihan”

No comments:

Powered by Blogger.