Membuat Percubaan

Seringkali apabila kita bertemu orang berjaya, kita menyangka kejayaan mereka datang sekelip mata.
Dulu hidup susah.
Tiba-tiba berjaya. Seronoknya.

Kehidupan tidak begitu!

Orang berjaya ini orang yang banyak mencipta percubaan.
Banyak percubaan tidak berhasil.
Namun mereka tidak lihat itu sebagai kegagalan.
Sebaliknya ianya satu proses menuju kejayaan.

Seorang konsultan beritahu.
Dia sudah berapa kali mahu keluar daripada proses.
Sudah siap tulis surat mahu berhenti.
Namun tak jadi-jadi.
Akhirnya dia berjaya.

Dia kata, “Setiap kali kita mahu berputus asa, maka ketahuilah jarak antara kita dengan kejayaan pada ketika itu sangat dekat”

No comments:

Powered by Blogger.