Panglima dan Askar

Dalam satu peperangan, seorang jeneral memerintahkan pasukan berkuda menyerang dari sebelah kanan. Pasukan pedang serang dari belakang. Pasukan memanah dari seberang.

Seorang askar dari pasukan pedang bertanya, “Kenapa kami perlu serang dari belakang. Kami suka serangan dari bahagian hadapan”.

Jeneral panggil panglimanya.
Jeneral kata tangkap askar itu dan sumbat dalam penjara.

Peperangan berlansung.
Pasukan mereka menang.

Jeneral bebaskan askar yang ditahan tadi.
Jeneral beritahu, “Serangan hadapan berisiko tinggi. Di situ pusat musuh. Kalau kita serang, ada kemungkinan ramai terkorban”.

Askar tanya, “Kenapa Tuan tidak beritahu saya perkara ini”.

Jeneral, “Serangan dari bahagian belakang pula ada perangkap dahsyat. Cuma ada dua kemungkinan. Sama ada kita lepas perangkap itu atau kita tidak lepas. Kalau aku beritahu kamu maklumat ini, adakah kamu akan berani berhadapan musuh?”

Ini adalah cerita rekaan.
Bagi menerangkan beza seorang strategis dan pelaksana.

Seorang strategis berfikir dalam kepala.
Strateginya dia saja yang tahu. Dia tidak cerita.

Pelaksana buat saja.
Tidak perlu tahu banyak perkara.

No comments:

Powered by Blogger.