Tahu Apa Yang Mahu

Pergi ke shopping mall.
Niatnya mahu beli susu.

Sekali beli roti, kacang, kopi.
Lupa beli susu!

Perkara ini nampak kecil.
Namun apabila kita lihat dari perspektif lain, ianya boleh menjadi besar.

Dalam hidup ini kita tetapkan apa yang kita mahu.
Gol. Matlamat hidup. Visi. Misi - macam-macam nama lagi.

Sayangnya apabila mengharungi hari demi hari, macam-macam yang datang.
Kita terpesona.
Akibatnya kita lupa tujuan.

Lupa niat mahu beli susu!

No comments:

Powered by Blogger.