Jerat Kejayaan

Dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan sentiasa melakukan uji kaji.
Mahu cuba apa yang menjadi.

Jatuh bangun.
Ketawa menangis.
Susah senang.

Akhirnya berjaya.

Apabila mengecapi kejayaan, ramai orang akan terperangkap dalam jerat kejayaan.

Di dalam jerat kejayaan, seseorang itu rasa selesa.
Sudah tidak mahu uji cuba.
Kerana hasilnya sudah membuatkan seseorang itu gembira.

Di masa susah, mindsetnya adalah uji cuba.
Di masa kejayaan, mindsetnya adalah rileks saja.

Kesannya apa?

Apabila asyik rileks saja, lama kelamaan jadi macam air bertakung.
Asalnya air itu bersih.
Namun jadi sarang pembiakan nyamuk.
Kotor bahkan merbahaya.

Jadi bagaimana?

Dalam fasa menikmati kejayaan, kita wujudkan ruang uji cuba.
Tidak sebanyak fasa kesusahan, namun sentiasa ada.
Supaya kita peka dan tahu apa yang sedang melanda.

No comments:

Powered by Blogger.