Kerja Kuat

Datang anak muda mengadu.
Penat dan letih.
Kerjanya banyak.
Dapatannya sedikit.

Saya katakan.

Napoleon Hill menulis di dalam bukunya Think and Grow Rich.

Manusia berjaya itu ada satu sifat.

Daya upaya memberikan lebih daripada yang sepatutnya.

Manusia begini sentiasa dicari orang.
Kerana mahu dipergunakan.

Namun manusia ini akan menemui kejayaan.
Kerana dia menjadi sangat penting.
Sehingga tidak boleh dilepaskan.

No comments:

Powered by Blogger.