Meluahkan

Guru panggil. Dia kata, “Berhati-hati dalam meluahkan”,

Saya tanya kenapa.

Guru menerangkan.

“Meluahkan itu boleh jadi bagus. Boleh jadi tidak bagus.
Banyak orang meluahkan sesuatu kerana mahu memuaskan nafsu”.

Saya, “Memuaskan nafsu?”

Guru, “Ya. Nak melepaskan dendam mengata pada seseorang”.

Saya, “Jadi adakah meluahkan yang bagus?”

Guru, “Pilih siapa dan pilih apa. Luah di atas tikar sejadah. Luah apa saja. Itu yang sebaiknya”

No comments:

Powered by Blogger.