Menangguhkan

Manusia ada satu sifat.
Suka menangguhkan.

Tangguh itu mudah.
Tangguh itu senang.
Justeru ramai yang ketagih.

Bagi menangguhkan perbuatan mesti buat,
ramai orang akan sibukkan diri dengan urusan lain.
Supaya ada alasan tidak buat.

Bayangkan impian anda.
Anda sedang membina impian anda.

Setiap kali anda bawa masuk 'tangguh',
maka anda sedang membiarkan impian anda.

Impian yang sering dibiarkan lama kelamaan akan terbiar.
Dan akhirnya terkubur begitu saja.

No comments:

Powered by Blogger.