Mencipta Masa Depan

Sewaktu belajar dahulu, saya sering ke kedai buku.
Bahagian yang menarik perhatian saya adalah Business dan Entrepreneurship.

Ada satu kata-kata, “Siapa kamu di masa hadapan ditentukan oleh apa yang kamu baca sekarang”.

Saya ragu-ragu dengan kata-kata itu.
Kerana pada waktu itu sedang belajar perubatan.
Bagaimana dari perubatan boleh berpindah kepada perniagaan.

10 tahun berlalu.
Melihat ke belakang.
Ternyata kata-kata itu benar.

Kini saya berada di jaluran perniagaan.

Demikian hikmah orang bijaksana.
Mereka menulis pengalaman dan pemerhatian.

Sama ada kita percaya atau menafikan,
hakikatnya ianya akan datang.

Atas sebab itulah saya menulis blog ini.
Sebagai rakaman hikmah yang dipelajari.
Supaya sentiasa diingati.

No comments:

Powered by Blogger.