Mendapatkan Pandangan

Seorang nelayan apabila ditanya tentang cara menjala,
dia boleh cerita macam-macam cara.

Bagaimana apabila ditanya cara membina bangunan?

Dia boleh berikan jawapan.

Cuma adakah jawapan itu berguna?

Ya.

Ramai orang akan ketawa.
Kerana jawapannya mungkin pelik dan tidak logik.

Namun sebenarnya dari sinilah akan muncul idea baru.

Nelayan akan mengeluarkan jus kreatif.
Berfikir secara non-linear.

Sedangkan orang yang sering membuat bangunan berfikir secara lurus.
Linear thinking.

No comments:

Powered by Blogger.