Menyembunyikan Diri

Saya bertanya kepada Guru.
Mengapa Guru tidak mahu dikenali.

Guru kata, "Ada apa pada mahu dikenali?"

Saya kata supaya lebih ramai yang mengetahui.
Maka lebih ramai yang datang mempelajari.

Guru kata, "Apabila kita mahu dikenali supaya kita mendapatkan sesuatu, ertinya kita manusia yang mengharapkan pembalasan. Sedangkan ilmu ikhlas itu kita berikan sepenuh hati. Tanpa mengharap balas budi".

No comments:

Powered by Blogger.