Serba Tahu

Lama dahulu seorang ilmuwan dipanggil Maharaja.
Ilmuwan ini tersohor kerana kebijaksanaannya.

Maharaja mahu menduga.
Dia bertanyakan beberapa soalan.

Kemudian ilmuwan ini beritahu, “Maafkan patik Maharaja, patik tidak tahu jawapannya”.

Ha, ha, ha.

Maharaja ketawa besar. Dia sudah menang.
Lalu ilmuwan tadi memohon untuk pulang.

Maharaja kemudiannya memanggil penasihat.
Maharaja beritahu dia sudah mengalahkan ilmuwan itu.
Dia tahu semua perkara. Ilmuwan itu tidak tahu.

Ha, ha, ha.

Penasihat bersuara, “Tuanku, kebijaksanaan seseorang itu terserlah apabila dia berupaya mengatakan dia tidak tahu dalam perkara yang dia tidak tahu”.

Maharaja, “Apa maksud kamu?”

Seorang ilmuwan bijaksana bisa saja mengatakan dia tahu semua perkara.
Hatta pada perkara yang dia tahu.

Namun apabila dia boleh mengatakan dia tidak tahu semua perkara, ini membuktikan dia sudah berjaya menundukkan ego dirinya. Mengawal nafsu diri dari berlagak pandai.

Maharaja diam.
Ada benarnya.

No comments:

Powered by Blogger.