Formula 1%

Tempoh hari bertemu Guru. Saya katakan ada beberapa halangan. Guru tanya apa? Saya kata, "Ada website statik. Tak dapat nak konsisten naikkan trafik. Buat iklan bolehlah naik, tapi lepas tu krik krik.." Guru kata senang saja. Kamu usahakan formula 1%. "Apa itu formula 1%?" Pertama senaraikan apa yang kamu sedang dan telah lakukan. Sedetail yang mungkin. Kemudian pilih satu bahagian. Sasarannya kamu mahu tingkatkan prestasi bahagian itu 1% sahaja. Contohnya katakanlah pelawat ke website setiap hari adalah 100 orang. 1% daripada 100 = 1 Bermakna sasaran kamu adalah mendapatkan 101 pelawat setiap hari. "Berghhh...ada pencerahan. Macam mana Guru boleh jadi otai Digital Marketing ni..hmmm" (dengan berseloroh) Guru, "Ini ilmu asas dalam kehidupan. Boleh diaplikasikan dalam mana-mana bahagian. Kalau kau ambil sudut bisnes, maka hanya tukar misi 1% untuk bisnes itu". Oh!

No comments:

Powered by Blogger.