Tabiat dan Fokus

Apabila sekumpulan penaip (typist) profesional diberitahu mereka perlu menaip dengan cepat, ada dua perkara berlaku.

Pertama kelajuan mereka menurun.
Kedua kesilapan bertambah.

Bukankah mereka sudah diberitahu yang mereka perlu fokus.
Kenapa fokus menyebabkan mereka silap dan lambat?

Ini adalah masalah apabila kita cuba fokus pada tabiat.

Tabiat dan Perhatian.

Apabila belajar sesuatu yang baru, kita tumpu perhatian.
Supaya dapat faham dan belajar.

Apabila sesuatu itu diulang, maka jadi kebiasaan.
Kebiasaan tidak perlukan fokus. Berjalan sendiri.

Jadi bagi penaip profesional, cara untuk lajukan taip adalah dengan membiarkan mereka menaip seperti biasa. Tidak fokus.

No comments:

Powered by Blogger.