Menundukkan Keterujaan

Apabila manusia bertemu dengan idolanya, manusia lupa daratan.
Terus mahu bergambar bersama.
Mahu dikenali oleh idola itu.

"Ini perbuatan murahan yang tidak ada faedah!"

Kami tersentak.
Guru meneruskan bicara.

Pertama, kamu sedang mengangkat EGO idola itu.
Ini akan merosakkan mereka.

Kedua, kamu sedang merendahkan nilai diri kamu.

"Jadi bagaimana Guru?"

Kawal keterujaan. Tegur dan senyum. Sudah memadai.
Tidak perlu berlebihan.

No comments:

Powered by Blogger.