Tebang Pokok

Ada seorang pemuda.
Berjalan laju membawa kapak.

"Ke mana mahu pergi?" Pak Tua bertanya.

"Mahu tebang pokok" jawab pemuda.

"Kenapa mahu tebang?" Pak Tuan tanya lagi.

"Pokok tidak berguna. Tanam berbulan-bulan. Masih tidak mahu berbuah" pemuda jawab.

Anakku, setiap pokok ada idah masa.
Apabila tiba musimnya, pokok akan berbuah.
Apabila belum tiba musimnya, mana-kan mungkin ianya berbuah.

Tergesa-gesa tidak ada faedahnya.
Hanya tunggul sesal berganda.

No comments:

Powered by Blogger.