Keluar dan Masuk

Tadi sembang di kedai makan.
Dengar cerita kawan-kawan.

Kawan cerita.

"Aku belajar satu ilmu kehidupan"

"Apa dia?"

"Tak ada yang boleh masuk kalau tak ada yang nak keluar"

"Maksudnya?"

Ambil contoh wang.
Andai kita kedekut mahu bawa keluar wang,
tak ada wang baru yang akan masuk.

Jadi kita diajar untuk bersedekah.
Beri pada orang susah.
Bawa keluar wang yang ada.
Baru senang wang baru masuk.

"Ini terpakai untuk wang saja?"

Tidak. Terpakai untuk semua perkara.
Contoh wang senang difahami dan dimengerti.

No comments:

Powered by Blogger.