Buah Tidak Bermusim

Saya mendengar Guru bercerita.

Di bulan puasa, orang berlumba-lumba buat kebajikan.
Bangun malam.
Derma.
Semuanya.

Bagus.

Tapi apa jadi selepas bulan Ramadan?

Nilai seseorang muslim itu bukan setakat bulan Ramadan semata.

Guru cerita tentang buah.

Bilakah buah itu bernilai?

Apabila tiba musim durian,
durian senang dijumpai.
Harganya pun murah.

Bagaimana di luar musim?

Durian yang dijual bukan musim durian.
Harganya sangat mahal.

No comments:

Powered by Blogger.